
Sulit
4 tahun
Gastrik , sakit perut
saya pernah mengalami penyakit gastrik dan pernah mengambil ubat . sekarang saya dah tak makan ubat gastrik . tapi bila saya makan nasi atau makanan yg berat , perut saya menjadi sakit dan tidak selesa mungkin disebabkan gastrik , apa yang saya perlu lakukan untuk hilangkan rasa sakit itu ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi atau mencegah sakit perut, antaranya ialah:
- perlahankan cara makan anda
- tukar bagaimana anda selalu makan- cara makan
- ketahui apa yang anda makan
- minum lebih air, kurang air berkarbonat
- cuci tangan
Terdapat banyak cara lain untuk mengelak sakit perut. Sila bercakap dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut atau anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut.
Memandangkan anda memiliki sejarah gastrik, sekiranya anda mengalami sakit perut yang tidak dapat dirawat secara alami atau kesakitan yang sangat teruk, dapatkan segera bantuan perubatan atau berjumpa dengan doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih