
Sulit
5 tahun
Gastrik semasa mengandung
Salam dan selamat sejahtera, mohon bantuan doktor, adakah selamat bagi saya mengambil ubat gastrik jenis ‘eviline forte’. Untuk makluman saya mengandung pada usia kandungan di dalam 6 minggu. Saya mengalami simptom sakit perut berangin dan dikhuatiri adalah gastrik.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ubat “Eveline Forte” ialah ubat untuk menghalang masalah pedih perut akibat daripada gastritis. Ubat tersebut memerlukan pemerhatian yang lebih jika diambil sewaktu trimester pertama kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat dan preskripsi ubat yang tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum mengambil ubat tersebut bagi mengelakkan sebarang komplikasi semasa kehamilan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.