
Sulit
4 tahun
Gastrik, sembelit, sakit perut dan demam
Saya wanita berusia 28 tahun. Saya memang dah lama ada sakit gastrik, kira-kira sejak tahun 2013, tp ia jarang memberi kesan yg terlalu teruk pada saya.
Selasa lepas, saya membuang air (sembelit) pada waktu tengahari sebelum makan. Tapi lepas tu saya tak makan banyak. Petangnya pun saya buang air lagi (sembelit). Saya memang dah lama sembelit sejak makan ubat-ubat psikiatri seperti Seroquel. Tapi tak pernah pulak buang air dalam keadaan sembelit kira-kira lebih satu kali dalam sehari. Lepas petang tu pun saya tak makan banyak, hanya makan pulut dengan serunding ayam.
Malamnya tu, masuk maghrib perut saya rasa sakit sangat sebelah kiri. Perut kosong tapi tak rasa nak makan. Malah rasa macam nak demam. Kadang-kadang dahi terasa panas sikit-sikit. Tengah malamnya tu pun masih saya buang air jugak.
Esok paginya (Rabu semalam), saya rasa badan saya sengal-sengal macam nak demam, jadi lepas Subuh saya terus tidur sampai kira-kira pukul 11… masa tu badan masih sengal-sengal tapi rasa segar sikit dan saya makan panadol. Semalam pun saya makan bubur je pada waktu tengahari dan malam. Malam tadi badan saya masih ada rasa bisa-bisa lagi.
Pagi ni, alhamdulillah rasa okay dah. Cuma perut saya kadang-kadang masih rasa pedih, kali ni perut bahagian tengah pulak (atas pusat). Saya dah makan breakfast macam biasa, tapi tak lama lepas tu masih rasa macam perut kosong lagi. Dekat pukul 12 tadi saya makan juga lagi, tapi masih rasa kosong macam belum makan.
Apa kemungkinan masalah perut yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Melalui penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi ketika ini iaitu sakit perut, masih terasa terasa pedih. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Radang apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.