
marialadom
3 tahun
Gastrik..sya sering sendawa..dan muntah sedikit rasa pahitkadang2 terasa makanan tersangkut di tenggorokan
Saya baru dapat suntikan vaksin sinovac.Bolehkah saya makan ubat gastrik pantaprazole sodium 40mg?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui jika anda boleh mengambil ubat pantoprazole selepas menerima suntikan vaksin sinovac. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, tiada data yang menyatakan vaksin sinovac terkesan dengan penggunaan ubat pantoparazole. Namun anda digalakkan untuk merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis ubat untuk mengelakkan komplikasi.
Secara amnya, menurut pakar ubat-ubatan untuk penyakit yang kebiasaan berlaku di kalangan masyarakat seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, asma tidak memberikan masalah.
Antara ubat-ubatan yang tidak disarankan ambil selepas menerima vaksin adalah ibuprofen ataupun aspirin kerana boleh mengurangkan keberkesanan vaksin.
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini