
Anonymous
6 tahun
Gastrik tidak hilang sakit di bahagian tengah pwrut
Sy berumur 31 mengalami pedih perut dan mnjadi terlalu lapar kerana pembakaran kalori yg tinggi disebabkan cycling.jadi kesan dari itu sy selalu menjadi lapar yang kerap sehingga di serang sakit bahagian tengah.berbagai ubat sudah di mkan dan hndak menunggu appointment dgn dr pakar lambat lagi.jadi apakah cadangan yg boleh dr. Nasihat kn sy.tq

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mengenai masalah gastrik yang anda hidapi, pihak kami memerlukan keterangan lanjut mengenainya. Bagaimana anda mengetahui anda menghidap gastrik? Apakah rawatan yang anda telah ambil? Apakah cara yang anda lakukan dalam mengawal pemakanan tersebut?
Kami juga memerlukan maklumat lebih lanjut tentang latar belakang kesihatan anda dan maklumat lain. Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini agar dapat diselesaikan. Klik pada link ini (DoctoOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.