
Anonymous
5 tahun
Gastrik yang berterusan
Saya mengalami sakit perut selama 8 hari disebabkan gastrik. Saya telah mendapat ubat dari klinik swasta. Salah satu ubat yang diberikan akan mendapat jaminan sekiranya makan ubat tersebut selepas12 jam akan sembuh. Sekiranya tidak sembuh, saya perlu ke hospital secepat mungkin. Selepas saya check masalah sama, doktor masih mengatakan masalah saya hanya gastrik. Adakah saya boleh menerima jawapan doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Sebetulnya, untuk diagnosis gastrik terdapat pelbagai jenis ubat dari pelbagai jenis manufacturer yang boleh diberikan bersesuaian dengan gejala pesakit tersebut. Sebaiknya anda menjelaskan ubat apakah yang diberikan itu supaya pihak kami tidak keliru dengan ubat yang anda maksudkan. Selain itu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih