wartsaong
6 tahun
Gatal bahagian kulit badan…garu sampai berdarah…makin lama makin menjadi jadi
Tidak selesa…malam tak dapat tidur…waktu malam rasa teramat gatal
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pepijat atau kudis buta di katil anda yang tidak kerap dibersihkan
- Eczema
- Jaundice (masalah kekuningan akibat penyakit hati)
- Masalah buah pinggang
- Reaksi alahan
- Psoriasis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ianya telah mengganggu tidur anda Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































