Sulit
5 tahun
Gatal bahagian punggung sehingga menyebabkan tompok merah dan melecit
Saya wanita dalam 20an mengalami masalah gatal pada bahagian punggung dan kemaluan sehingga menyebabkan tompok merah dan melecit yang berdarah sehingga tak boleh tidur. Saya dah beli lotion dari pharmacy masih juga gatal. Saya dah mengalami selama 3bulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria pada kulit
- Kulit keirng
- Ekzema
- Alahan terhadap bahan kimia
- Penjagaan kawasan sekitar punggung yang kurang bersih
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor atau berjumpa dengan pakar kulit supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.


































