
ruzzy10
5 tahun
Gatal bengkak lebam kt muka badan
Sya wanita 32 tahun.kt muka sya baru2 ni naik lebang n kurang…smlm bli ubat kt farmasi cetirizine 10mg n serratio peptidase 5mg…skli mkn ubat dua2 mlm tdi tgh sya trjaga tgk muka sya dh lebam besar2 muka badan bengkak…yg kecil2 semo jd lebam besar2 dh ni…doc blh bgtw x ape punce die…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan kepada ubat-ubatan
- Angioedema (bengkak pada lapisan tisu bawa kulit)
- Keradangan pada kulit (cellulitis)
- Sengatan serangga
- Ketumbuhan pada kelenjar air liur (salivary gland)
- Sindrom neprotik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.