
wanshazwan1998
5 tahun
Gatal celah kangkang . Bintik kemerahan serta bau hanyir
Saya wan dari sabah . Saya ingin bertanyakan tentang penyakit yg saya alami iaitu gat celah kangkang . Setahun lebih saya mengalami nya . Malu utk berjumpa doktor . Doktor ada x cara mudah supaya saya boleh beli di farmasi sahaja . Gatal dan berdarah tu pun terkadang . Gatal hnya kerap berlaku pada waktu malam dan kurang berlaku pada siang . Ada timbul biji biji . Gatal yg sangat gatal .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan dermatitis pada kain
- Jangkitan kulat
- Jerawat beserta jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.