Sulit
6 tahun
Gatal celah kangkang dan zakar
Saya lelaki berumur 19…saya mengalami kegatalan di celah kangkang dan ada garisan bintik2 kemerahan di celah kangkang dan juga
gatal di zakar… Kepala zakar saya juga ada satu bintik seperti kemerahan…penyakit apa kah itu?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan yang anda alami di celah kangkang dan zakar boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Jangkitan kulit seperti herpes simplex
- Alahan dermatitis - pada kain seluar atau seluar dalam
- Penyakit kelamin seperti sifilis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































