
Sulit
3 tahun
Gatal Celah Kangkang Semasa Mengandung
Helo doc… Saya seorang suri rumah dan tengah mengandung dalam 31 weeks. Saya mengalami gatal-gatal celah kangkang kemerah-merahan berbintik merah bila pecah berair rasa pedih dan gatal sesangat yang membuatkan saya berasa tidak selesa nak menangis dan tidur saya juga terganggu. Kenapa ia berlaku kepada saya ? Apakah krim yg sesuai dgn saya ? Dan apa yang patut saya lakukan di bahagian tersebut ? Bantulah sy doktor ,saya buntu. TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Gangguan hormon-hormon semasa mengandung
- Kulit kering disebabkan oleh keadaannya tidak selembap dan kurang mendapat khasiat seperti sebelum mengandung.
- Ekzema; ada di kalangan wanita yang mengalami peningkatan simptom ekzema semasa mengandung.
- Kolestasis disebabkan Kehamilan.
- Jangkitan kulat pada kulit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan