
Anonymous
5 tahun
Gatal dalam faraj dan kerap kencing selepas bersama
Saya baru berkahwin seminggu. Dan selepas 5 hari berturut sy kerap kencing dan gatal dalam kemaluan.kekerapan kencing berlaku setiap masa dan dalam keadaan sejuk.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kegatalan bahagian Faraj boleh disebabkan oleh:
- Reaksi alergik terhadap bahan yang digunakan
- Menopause
- Stress
- Radang yang disebabkan oleh kuman
- Penyakit kulit seperti Ekzema atau Psoriasis
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.