
Anonymous
5 tahun
Gatal dan berbiji di seluruh wajh n badan
sy wanita usia 38 dah nak masuk 2 minggu badan dan muka dan mengeliling mulut naik biji 2 yg mengeluarkan air dan gatal dan berjangkit. sy pergi klinik dr bagi antibioatik Axcel erythromycin dan neosafe.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala dan ubat yang anda sebutkan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kulit - seperti follikulitis
- Jangkitan jerawat
- Jangkitan kuman pada ekzema
Anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan ubat yang sudah diberikan kerana rawatan untuk kulit anda mungkin mengambil masa untuk pulih. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.