
Anonymous
5 tahun
Gatal dan kemerahan di bahagian faraj
saya wanita berusia 25 tahun, ketika saya dtg haid pada bulan ini saya merasakan kelainan dan berasa tidak selesa akan keadaan pada kali ini. sy mula berasa gatal dan sakit pada bahagian faraj saya. apabila dilihat saya dapati faraj saya penuh dengan bintik2 kemerahan dan ia amat menyakitkan. malah ia juga berasa amat gatal. apakah punca dan kenapa ia boleh berlaku? ini adalah pertama kali berlaku pada saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini .Anataranya ialah:
Vaginosis bakteria . Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan
Penyakit kelamin (STD). Chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis,gonorea dan organisme lain juga oleh menyebabkan gatal-gatal faraj / vulvar dan kerengsaan dan gejala lain.
Jangkitan yis (kandidiasis vagina). Kira-kira tiga daripada setiap empat wanita akan mengalami jangkitan yis pada satu ketika dalam kehidupan mereka.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih