
Sulit
3 tahun
Gatal dan kulit kering
Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak dua minggu lepas, badan saya mengalami kegatalan, malah apabila saya mandi, mesti badan saya berasa gatal dan kering Saya tidak pasti samada disebabkan saya alergi pada sabun, sebab seblum ini saya tidak pernah mengalaminya. Kegatalan tersebut menjadi kemerahan, saya cuba beli ubat krim sapu. Tetapi kurang berkesan, kerana ada masa kegataln tersbut naik balik. Jadi apa pandangan dok terhadap masalah saya. Adakah saya patut menukar sabun mandi, atau sebagainya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit gatal dan kering. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penyebab gatal pada kulit. Antaranya ialah:
- alahan/alergik
- eczema
- hives
Kulit gatal juga boleh disebabkan oleh keadaan kesihatan yang lebih serius. Gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes, saraf sempit, dan kayap boleh menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
Pilihan rawatan bergantung kepada punca gatal-gatal. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah keguguran rambut yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.