
Anonymous
5 tahun
Gatal dan merah di bahagian punggung
Saya wanita berumur 27tahun , saya mengalami gatal pada bahagia punggung dan di kawasan itu saya melihat ia menjadi merah dan kering, apa kan penyebab dan ubat yang boleh saya ambil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi adalah:
- Kurap “Ringworm”
- Ekzema
- Alahan kepada produk pencuci
- Jangkitan kulat
- Gigitan serangga
- Kulit kering
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.