Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian aerola
Saya breastfeeding mom dan mengalami gatal di aerola semenjak 2019 sehingga kini. Kulit di bahagian aerola flaky, kering dan sometimes bernanah on off disebabkn anak direct latch. Jika cuaca panas ia menjadi sgt gatal dan tumbuh ruam dan merebak sehingga luar aerola. Soalan saya adakah ini simptom breast cancer atau hanya masalah kulit biasa? Saya perlukan nasihat ubat makan yg boleh menghilangkan rasa gatal yg boleh dimakan semasa breastfeeding. Saya juga skrg tgh on ubat uniflex bahagian luar aerola dan coconut oil di bahagian aerola. Uniflex really works for me now manakala bahagian aerola masih tidak berhasil. Saya telah mencuba bermacam jenama nursing cream tp masih sama. Coconut oil bagus cuma disebabkan anak kerap direct latch kulit yg baru sembuh akan cracked semula dan sometimes bernanah jika terlalu kering. Saya juga telah mencuba krim dr klinik kesihatan tapi telah stop gunakan kerana sukar dicuci dgn air dan tak nursing friendly. Apakah ubat yg boleh saya makan semasa masih breastfeed untuk menghilangkan rasa gatal dan dapat menyembuhkan kulit dgn segera tanpa sapu krim/oil?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami faham masalah payudara gatal yang anda sedang alami pada masa ini. . Untuk makluman anda, payudara yang gatal ini boleh disebabkan oleh gangguan hormon yang mungkin terjadi akibat stres. Namun, kebanyakan pesakit yang mengalami gatal payudara akibat gangguan hormon adalah ketika datang haid, mengandung, mengambil pil perancang atau terapi pembaik pulih hormon.
Secara umum, sakit payudara juga boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, antaranya ialah:
- Pemakaian bra yang sesuai dengan saiz payudara juga memainkan peranan penting dalam hal ini. Ini disebabkan sekiranya bra yang dipakai kecil daripada saiz payudara maka ianya akan mengakibatkan sakit dan ketidakselesaan kepada pemakai. Selain itu, bra yang dikeluarkan sekarang kebanyakannya mempunyai besi untuk memegang payudara dengan lebih kukuh. Jadi, sekiranya saiz bra kecil maka besi yang terdapat dalam bra tersebut akan mencangkum payudara dengan lebih ketat lalu mengakibatkan sakit atau kegatalan pada pemakai.
- Masalah jantung
- Jangkitan kuman pada puting
- Barah payudara
- Penyakit kulit seperti dermatitis
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih.

































