
puteribalqis010526
4 tahun
Gatal Di bahagian dalam faraj sehingga melecet
Salam sejahtera
Sye berumur 18 tahun dn belom berkahwin. sejak dua menjak ni faraj sye terasa gatal sangat sehingga saya tak dapat tahan Dan sye garu kuat2 sampai ia melecet dn berdarah sikit…dalam masa Yang sama saya sedang datang period
Harap Dr dapat Bantu saya
Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang anda sebutkan terdapat beberapa punca kepada kegatalan faraj seperti:
- Jangkitan yis Kandida
- Jangkitan Herpes genital
- Bakterial Vaginosis
- Keadaan kulit seperti ekzema
- Jangkitan kelamin berjangkit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.