
Anonymous
6 tahun
Gatal di bahagian intim
Saya berusia 35 tahun, mengalami kegatalan di vulva akibat UTI sejak tiga minggu lalu. Bolehkah saya gunakan econazine? Terdapat bintik2 putih di vulva tapi tiada yeast infection atau bau pelik. Saya juga mudah terkena UTI, purata 2 bulan sekali. Apakah masalahnya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kencing kotor ialah jangkitan kuman di saluran air kencing. Hal ini sangat biasa didapati oleh golongan wanita kerana wanita memiliki saluran buang air kecil yang sangat pendek malah mereka lebih senang dijangkiti.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman
- Melalui hubungan seks
- Wanita mengandung
- Golongan lain adalah golongan yang sistem imun badannya lemah seperti pesakit HIV atau AIDS.
Econazine adalah ubatan untuk merawat keadaan kulit yang boleh didapati di farmasi. Econazine mengandungi Econazole Nitrat dan Triamcinolone sebagai bahan aktif.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih