
Anonymous
6 tahun
Gatal di celah peha, gatal di punggung dn gatal pada vagina
Saya wanita lingkungan umur 30an. Saya ada masalah gatal pada bahagian lipatan punggung tapi tak banyak. Tetapi sejak saya bersalin ceaser anak kedua dan rahim terpaksa dibuang akibat janglitan kuman pada pangkal rahim 2 tahun lepas. Dan terpaksa masuk darah 7 beg… sejak pada tu gatal di bahagian punggung saya menjadi makin teruk… gatal teramat sangat… sebelum ni dia akan surut lepas tu timbul balik gatal… tapi sekarang tak surut dah. Sentiasa gatal… sekarang ni bahagian velah peha pula dia merebak. Mula mula bintik merah kecil l dan bila digaru bintik tu makin besar. Bahagian atas vagina pun sekarang dah gatal. Dan merebak pada bahagian dalam vagina dah…
pkai ubat krim permulaan kering. Tapi lepas pada tu macam tak ada kesan langsung dah…saya ada juga basuh dengan air garam. Boleh saya tahu punca kenapa?. Boleh saya tahu cara untuk selesaikan.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan anda kemungkinan besar mengalami jangkitan kulat di permukaan kulit. untuk mengatasi masalah tersebut anda haruslah menjaga kebersihan,sentiasa menyukat paras gula anda.Hal ini harus dirujuk kepada doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih