
meeramore98
5 tahun
Gatal di kelangkang. Steriod?
Assalamualaikum doktor, saya berumur awal 20an mengalami kegatalan di sekitar celah kelangkang dimana sebelum ini ada berjumpa doktor & telah diberi krim (krim steroid kot). Selepas sembuh untuk beberapa bulan, gatal itu kembali semula.
Selepas tak tahan saya menggunakan krim yang mengandungi steroid untuk 2 minggu. Kemudian ia kembali elok tapi saya perasaan kulit nampak agak nipis. Beberapa bulan selepas itu, gatal kembali semula untuk kali ke 3.
Dalam 1 hari pasti ada masa gatal. Nampak kesan merah yang berbelak dgn warna kulit di sekitar celah kelangkang yang nampak nipis, dan garu sedikit boleh luka.
Apa patut saya lakukan doktor? Rawat kulit nipis dahulu atau gatal ? Tolong cadangan krim yang sesuai, doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kondisi kegatalan yang anda alami ini boleh disebabkan oleh faktor seperti:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan kulit seperti kepada kain
Kondisi kulit nipis yang anda alami ini pula adalah kesan penggunaan krim steroid jangka panjang. Untuk menyelesaikan kedua-dua masalah ini iaitu kegatalan dan kulit nipis, pemeriksaan lanjut adalah diperlukan untuk mengenalpasti punca dan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.