
Anonymous
5 tahun
Gatal di kemaluan perempuan
Hi, saya remaja baru berumur 18thn and tidak berkahwin lagi, tapi saya sering gatal di bahagian kemaluan, menyebabkan banyak bintik bintik di sekitar itu akibat menggaru yg terlalu kuat. Ia tidak ada nanah dan sering gatal pada masa tertentu atau pun berpeluh. Makin saya garu, makin ada bintik di sekitar nya and melibatkan bahagian punggung. Tidak sakit cuma ia menggangu saya utk melakukan kerja harian

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala gatal pada kemaluan boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.