
Sulit
3 tahun
Gatal di sekeliling dubur
Saya wanita dalam 20-an…saya mengalami kegatalan disekiling dubur,seolah² macam ulser,bukan kegatalan belah dalam…tapi diluar sekeliling lubang dubur…apakah rawatan atau ubat yg sesuai…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah kegatalan pada bahagian dubur anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegatalan pada bahagian dubur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Jangkitan pada kulit bahagian tersebut
- Kulit kering
- Kebersihan bahagian tersebut yang kurang baik
- Alahan pada produk ataupun pakaian
- Sesetengah makanan
- Buasir
- Luka pada bahagian tersebut
Kami tidak dapat memberikan anda nasihat yang tepat mengenai rawatan masalah anda tanpa mengetahui puncanya. Untuk mengetahui puncanya, kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.