
Anonymous
5 tahun
Gatal dikemaluan yang tidak pandai hilang hilang
Saya wanita berusia 34 tahun dan blm pernah berkahwin akan bakal berkahwin tidak lama lagi. Masalah saya kemaluan gatal sangat…dan masalah ini lama suda di alami… sudah minta rawatan dengan doktor tapi tidak hilang juga… apa yang perlu saya lakukan.

5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala gatal pada kemaluan boleh disebabkan oleh:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
- Gatal-gatal di bahagian vulva (Pruritis)
- Iritasi kulit oleh bahan kimia
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.