
Sulit
4 tahun
Gatal gatal badan, bintik seperti ruam dan merah
Hi, saya mengalami gatal gatal seperti ruam pada sekitar paha. Tak pasti apa punca. Apa rawatan yang sesuai ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gatal dan ruam.
Untuk makluman anda, setiap penyakit yang menyebabkan gatal dan ruam memerlukan pendekatan dan rawatan yang berbeza. Oleh itu saya tidak boleh memberikan apa-apa cadangan rawatan untuk anda tanpa melakukan pemeriksaan terlebih dahulu.
Masalah gatal dan ruam boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman
- Alahan
- Gigitan serangga
- Penyakit kronik
- Kesan sampingan ubat
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.