
eyutesh
5 tahun
Gatal gatal celah celah peha
Saya nak Tanya selepas period hari ke empat taupun kata waktu kehabisan period celah celah peha gatal gatal walaupun sapu cream yg d bagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kulit gatal yang dihadapi. Malangnya, saya kurang jelas dengan soalan yang ingin anda ajukan kepada pihak kami.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Kulit kering
Ekzema
Alahan
Hives- keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin. Keadaan ini akan menyebabkan pembuluh darah kecil menjadi bocor yang menyebabkan kulit membengkak.
Sebab-sebab lain- parasit seperti cacing, serangga seperti “bedbugs”, nyamuk, atau kutu. Jangkitan kulat seperti “athlete’s foot” juga boleh menyebabkan gatal-gatal di sekitar jari kaki.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hanya dengan medapatkan diagnosis yang tepat, rawatan dapat diberikan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.