
Sulit
5 tahun
Gatal gatal di bahagian kemaluan dan kulit
Saya lelaki mengalamai gatal gatal di bahagaian kemaluan dan tumbuh benjonlan seperti gigitan serangga pada bahagian tersebut. Saya juga mengalami gatal di bahagian celah peha dan tangan, jika kerap digaru ia akan berdarah.Saya membela seekor kucing juga. adakah perkara ini daripada kucing tersebut? atau permasalahan lain… boleh jelaskan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ekzema
- alahan pada produk pencuci
- psoriasis
- jangkitan kulat
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar doktor dapat meneruskan usaha pengubatan dengan melakukan pemeriksaan tambahan, memberikan ubat yang tepat dan efektif sesuai diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.