
Sulit
4 tahun
Gatal gatal di jari tangan dan kaki
Hye, umur saya 23 thun.
Saya mengalami masalah gatal2 pada jari tgn dan jari2 kaki . saya dh menggunakan pelbagai jenis ubat di farmasi dn pernh berjumpa dgn dok tpi smpai skrg msih blum baik lagi.
Saya dh mengalami kegatalanlan ni hmpir 2 tahun seteghn . dan saya buntu unk guna ubat apa yg sesuai lagi.
Pada masa yg sama semenjak tgn saya gatal2, ad bijik3 air dn mengelupas , saya mengukan sudu unk mkn. Kedag kala tapak tagn saya akn jdi panas bila saya memegang macam sabun2 dan lain².
Harap Dok dpt bantu saya .
Terimakasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gigitan serangga
- alahan pada produk pencuci, lebih-lebih lagi jika anda membuat kerja rumah tanpa memakai sarung tangan
- kesan sampingan ubat- ubatan
- penyakit autoimun
- jangkitan kuman pada kulit (bullous cellulitis)
Saya sarankan anda segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana kulit anda telah pun mencapai tahap pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.