Sulit
6 tahun
Gatal-gatal di kepala zakar
Sy remaja 19 thun mengalami gatal gatal pada zakar saya sehingga ia mengeluarkan air bisa pada tempat gatal itu… sy tidak pernah melakukan seks…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan dan cecair yang keluar dari tempat gatal pada zakar anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpes genital - selain hubungan seksual, ia boleh dijangkiti jika pernah selesema dan tangan yang mempunyai virus selesema herpes ini bersentuhan dengan zakar
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis, lichen sclerosis/planus
- Jangkitan kurap
- Alahan pada sabun atau kain seluar dalam
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































