
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal di seluruh badan
Saya wanita berumur 22 tahun. Lebih kurang 6 minggu yang lepas, saya mengalami kegatalan di bahagian tangan kanan. Apabila garu, ia makin besar dan berair. Hari2 seterusnya, naik biji2 merah pada seluruh badan dan ia menyebabkan kegatalan. Ia juga naik sampai ke muka. Kemudian, selang beberapa hari, tangan dan kaki saya gatal2 dan ada biji2 yang berair. Apa punca masalah yang saya hadapi ? Saya sudah berjumpa doktor, namun ada kala ia menjadi baik, ada kala ia jadi macam keadaan awal.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Inginkan kelegaan buat sementara waktu ? Dapatkan ia segera.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kulit yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit kulit - seperti ekzema/psoriasis/dermatitis/seborrheic
- Alahan kulit - pada tempat tidur, kain, makanan
- Jangkitan kulit - oleh kuman atau kulat
- Gangguan kelenjar peluh
- Gangguan reumatoid atau gout
- Gangguan pembuluh darah atau saraf
- Gejala-gejala awal kencing manis
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui oleh kami. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).