
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal di tangan dan kaki
sy wanita dlm 50 an. skrg ni sy mengalami gastrik dan migraine. sy susah sgt nk keluarkan angin dlm bdn hngga pening kpale. apakah yg sy perlu lakukan utk keluarkn angin dlm bdn slain menjaga pemakanan? apakah yg sy harus lakukn utk mngurangkan kesakitan? dan sy juga mengalami gatal-gatal pd tgn dan kaki. adakah itu berkaitan dgn ape yg sy alami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, untuk mengatasi masalah gastritis anda disarankan untuk.
Makan dengan kerap tetapi sedikit
Elakkan makanan yang boleh menyebabkan atau memburukkan lagi keadaan gastritis anda
Ambil ubat antacid untuk mengurangkan gejala sakit perut anda.
Akan tetapi, untuk medapatkan rawatan yang tepat, punca masalah anda haruslah diketahui. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lebih-lebih lagi jika sakit ini berlarutan walaupun sudah cuba mengubah cara pemakanan dan sebagainya. Berkemungkinan terdapat masalah lain yang menyebabkan masalah anda.
Selain itu, untuk masalah gatal pada tangan dan kaki, ianya boleh disebabkan oleh banyak perkara tetapi, pada pendapat saya, ianya tidak berkaitan dengan masalah perut anda. Antaranya:
Kulit kering
Alahan
Hives
Sebab-sebab lain- seperti cacing, serangga seperti “bedbugs”, nyamuk, atau kutu. Jangkitan kulat seperti “athlete’s foot” juga boleh menyebabkan gatal-gatal
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.