
Sulit
5 tahun
Gatal gatal kulit selama dua minggu
Saya wanita berusia 26 tahun dan saya telah mengalami gatal gatal selama 2 minggu. apabila berjumpa doktor, mereka hanya memberikan ubat alahan dan krim sahaja. namun sehingga kini kulit saya masih gatal. adakah saya berkemungkinan menghadapi jangkitan kuman dalam darah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, adalah sukar untuk ditentukan masalah yang sebenar sekiranya anda tidak menjelaskan dengan speisifik daerah kulit yang bermasalah tersebut. Merujuk kepada masalah gatal-gatal yang lama, secara umum, ia boleh disebabkan oleh beberapa penyakit seperti:
- akibat alahan seperti dermatitis alergi
- akibat jangkitan kulat seperti tinea
- akibat keradangan terdedah terhadap iritan seperti sabun yang tidak sesuai
- akibat jangkitan kuman
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.