nikliyana92
3 tahun
Gatal gatal makan pil noriday
Salam sejahtera dr. Saya makan pil perancang noriday baru beberapa hari. Masalahnya selepas saya makan, badan saya naik gatal2. Bukan seluruh badan tapi ada certain tempat gatal tak boleh bawak bincang. Ni masuk hari ketiga saya stop consume pil noriday. Gatal masih ada. Cumanya merah2 gatal makin berkurang. Btw saya baru habis pantang. Adakah saya alergik dgn pil noriday…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, kemungkinan besar anda mengalami kesan sampingan pengambilan pil perancangan, iaitu ruam. Anda disarankan untuk berhenti mengambil pil perancangan ini dan mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi dr untuk mendapatkan pil perancang yang lebih bersesuaian untuk anda.
Antara kesan sampingan pil perancangan yang lain adalah seperti:
- Sakit kepala
- Kepeningan
- Kemuntahan
- Perubahan pendarahan haid, contohnya pendarahan tidak teratur atau kadang-kadang berhenti pendarahan
- Kesakitan payudara
- Keletihan
- Kenaikan berat badan
Untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya mengenai isu ini, Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami atas talian secara peribadi Terima kasih.