
Sulit
3 tahun
Gatal gatal pada kulit kaki dan tangan
Hi doktor. Saya wanita 20an. Saya dh lama alami kegatalan di kaki. Mula mula ada bintik kecil dan gatal. Saya garu. Lama kelamaan dia makin merebak. Makin byk bintik dan keluar air. Jadi sekelompok besar sampai sekarang dan jadi macam parut hitam kt situ. Saya pergi farmasi, dia syorkan sapu ubat foban hydro oitment. Serta saya amalkan supplement. Baru baru ni jadi benda yg sama dekat kaki belah kiri dan sama juga lama kelamaan makin besar dan berair. Dan juga jadi bintik bintik dan gatal mcm kena demam campak di paha. Saya tak demam. Dah lama jadi macam ni, tpi saya tk pergi klinik. Saya hanya ambik ubat sapu di farmasi. Sampai sekarang still gatal dan keluar air. Dan kawasan tu dah jadi hitam parut. Saya harap doktor boleh bantu saya. Saya cuma nk tau apa punca sebenar ya. Adakah sbb saya alergik? Tapi mcm mana nk tau saya alergik apa? Dan apa ubat yg sesuai utk hilangkan kegatalan dan parut ni? Terima kasih doktor !

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mempunyai kondisi kulit yang gatal dan semakin teruk.
Tolong berhenti menggaru serta hanya seseorang doktor yang boleh menyatakan ubat yang betul untuk sesuatu kondisi.
Pihak farmasi bukan doktor pakar kulit.
Keadaan kulit adalah suatu keadaan di mana seseorang doktor pakar kulit perlu membuat pemeriksaan fizikal untuk mengetahui masalah sebenar.
Ubat yang salah boleh merosotkan lagi kondisi kulit anda.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor pakar melalui atas talian untuk bantuan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!