
Sulit
4 tahun
Gatal gatal pada kulit
saya merupakan seorang pemilik kucing. saya mempunyai kucing dalam jumlah yg banyak. saya pernah di gigit dan di cakar oleh kucing saya. sekarang saya sekeluarga ( saya , ibu dan abang) terdapat benjolan merah yang gatal mula tumbuh di bahagian tangan kiri dan kanan. benjolan tersebut akan berhenti setelah seminggu namun benjolan baru akan tumbuh di kawasan yang lain. perkara ini sudah berlarutan selama lebih 2 minggu. saya mengesaki saya mungkin terkena jangkitan sporo dari kucing saya berdasarkan simptom yang saya alami. namun kucing saya tidak mempunnyai apa-apa simptom terkena jangkitan sporo. beberapa minggu yang lalu beberapa ekor kucing saya mempunyai kudis namun sudah beransur pulih dan ada yang sudah pulih sepenuh nya. saya berharap apa yang saya fikirkan itu tidak betul kerana saya sedia maklum yang jangkitan itu sgt merbahaya. di sini saya ingin meminta nasihat apakah tindakan yang perlu saya ambil dengan segera .

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sporotrichosis jangkitan kulat pada luka kulit yang terdedah. Antara simptom yang boleh dilihat adalah benjolan merah yang akan tumbuh pada tangan atau lengan yang telah dijangkiti dengan kulat. Benjolan tersebut akan membesar dan lihat seperti ulser dan akan lambat untuk pulih. Sporotrichosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Untuk mendapat diagnosis yang tepat, doktor perlu mengambil biopsi untuk di hantar ke makmal untuk mendapatkan kesimpulan.
Namun terdapat beberapa perkara yang boleh membuatkan benjolan gatal yang berkait rapat dengan kucing seperti:
- Kutu
- Kudis buta (Scabies)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat, kerana kondisi anda perlu diperiksa dengan teliti sebelum memberikan rawatan. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.