
Sulit
4 tahun
Gatal-gatal pada lengan dan betis kaki
Saya wanita berusia 21 tahun, saya mengalami masalah gatal-gatal sejak berbulan yang lalu.pertama kali saya mengalami masalah ini ia pulih dengan sapuan krim yang dibeli di farmasi dan ubat telan. Tiada lagi gatal kerana saya beranggapan ia kerana alergik bulu kucing.tetapi sejak bulan ini,saya mengalami gatal-gatal yang sama di tempat yang sama.bila digaru akan kelihatan merah dan banyak bintik-bintik kecil dan akan hilang bila tidal gatal. Gatal-gatal akan kembali lagi walaupun saya telah makan ubat farmasi dan krim sapuan.adakah ini serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diberikan.
Kami faham masalah kulit yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenainya. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menjelaskan keadaan anda, seperti:
- Alahan
- Reaksi ubat
- Psoriasis
- Gigitan serangga
- Radang kulit (Dermatitis)
- Ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar supaya rawatan dapat diberikan.
Kami sarankan anda agar berjumpa dengan doktor pakar kulit dan tidak mengambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor kerana kami bimbang keadaan boleh menjadi lebih teruk.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.