Sulit
5 tahun
Gatal gatal satu badan
Saya 26 perempuan mempunyai masalah gatal gatal . rasa macam kurap sebelum ni guna ubat econazine hilang gatal gatal tapi lepas 4 hari die naik balik merebakk . kesan dari gatal gatal tu die jadi warna hitam . bilaaa dah elok satu tempat tanpa sedar die akan naik gatl gatal dekat bahagian lain . dekat ketiak , bahu belakang badan , peha kaki, punggung, dan celah peha . mcm mana Yea saya nak buat ? Nak jumpa doc segan sebab rasa badan dah buruk . banyak tompok hitam . segan nak jumpa doctor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor.
Rasa gatal adalah gejala yang kita semua alami. Walau bagaimanapun, gatal boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain. Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan
- Hives - adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin.
- Penyakit Kelamin :seperti Sifilis, Gonorea dan sebagainya.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih


































