
Sulit
4 tahun
Gatal kemerahan pada kulit
Hai doctor. Saya dah kena gatal2 pada badan masuk harike 3. Saya pergi ke clinic. Doc bg injection. Pada hari pertama kedua dan ketiga. Tapi masih tidak kurang. Pada hari pertama ianya tompok seperti urticaria .tapi hari kedua berubah menjadi biji2 kecik menyeluruh. Dan pada hari ketiga menjadi semakin rata tapi membesar diseluaruh bahagian kulit.dan apa bila ditekan menjadi warna putih dibahagian tengah. Dan akan kembali seperti asalnya ianya sangat gatal.boleh kah doc bantu saya??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal serta kemerah-merahan seperti berikut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Bagi menghilangkan rasa gatal anda boleh dapatkan ubat antihistamine di farmasi berdekatan dan losyen calamine. Namun, kedua-dua ini hanya bersifat sementara. Anda memerlukan rawatan yang merawat punca sebenar masalah anda.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.