Sulit
3 tahun
Gatal kulit di seluruh badan
Saya wanita dalam 20’an dan saya mengalami kegatalan pada kulit yang agak teruk… Dah pelbagai ubat saya cuba tapi ianya hanya berhasil untuk seketika sahaja… Lps dh sapu ubat dlm 2 minggu gatal2 tu akan hilang… X lama lepas tu gatal2 tu ada balik di tempat yang sama. Kulit saya kemerahan, kering dan agak bersisik pada bahagian yang gatal… Dan kebanyakkannya berbentuk bulat…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Ekzema
- Psoriasis
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Gigitan serangga
- Skabies
- Alahan terhadap:
- Ubat-ubatan
- Debu
- Makanan
- Serangga
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan yang akan diberikan adalah berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.