
annaashqib0105
5 tahun
Gatal kulit waktu malam
Saya berumur 19 tahun… sekiranya saya berada di asrama kulit saya akan berasa sangat gatal pada waktu malam… Tetapi jika berada di rumah… Saya tidak berasa gatal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda terdapat pelbagai kemungkinan untuk masalah tersebut. Bagi membuat diagnosis yang tepat, konsultasi lanjut adalah diperlukan. Antara kemungkinan punca masalah anda adalah kudis buta, kurap, alahan dan sebagainya.
Jika gatal lebih teruk pada waktu malam dan melibatkan pelajar asrama, selalunya ia adalah masalah kudis buta.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.