
Sulit
3 tahun
Gatal pada kaki dan tangan
Salam doktor. Sy wanita berumur 27 tahun. Dah hampir 2 tahun saya mengalami rasa gatal2 terutama pada tangan dan kaki…selama 2 tahun juga sy bergantung pada ubat antihistamine utk hilangkan rasa gatal… Saya akan mengambil ubat lebih kurang 2 hari sekali kerana saya akan berasa lega untuk 2 hari selepas mengambil ubat… Baru2 ini sy ada mengunjungi klinik dan doktor sarankan sy untuk membuat skin prick test untuk mengetahui samada sy mempunyai alergi terhadap sesuatu…
Untuk pengetahuan doktor juga, rasa gatal yg saya alami hanya terasa dibawah kulit dan tiada kesan seperti gigitan nyamuk atau sebagainya. Pada pendapat doktor, adakah skin prick test boleh membantu bagi situasi ini?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala sedemikian, seperti:
- Reaksi alahan
- Ekzema
- Jangkitan kulit oleh virus, bakteria atau kulat
- Kulit sensitif
- Kulit kering
- Gigitan serangga
- Skabies
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Mengenai ujian skin prick, kami sarankan anda untuk melakukannya supaya punca masalah gatal-gatal yang dialami boleh diketahui dan seterusnya dapat merangka pelan perubatan berdasarkan keputusan ujian tersebut. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan. Selain itu, gejala yang dialami oleh anda juga boleh berpunca dari sebab lain yang tidak kami sebutkan di atas.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.