
Sulit
4 tahun
Gatal pada kawasan badan
Saya berusia 29tahun, saya hampir 2 bulan menghidap rasa gatal pada kawasan tangan dan kaki, bila di garu ia meninggalkan kesan parut hitam, boleh doctor berikan penerangan lanjut mengapa ini berlaku dan apa ubatan yang sesuai untuk saya ambil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Ekzema
- Dermatitis
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus pada kulit
- Skabies
- Gigitan serangga
- Reaksi alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda mengalami gejala ini buat masa yang panjang.
Berkenaan ubat pula, pemeriksaan doktor perlulah dibuat terlebih dahulu kerana punca masalah yang dialami perlu diketahui sebelum preskripsi ubat dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.