
fhalles91
5 tahun
Gatal pada kulit dan kemerah-merahan
Saya lelaki berumur 26 tahun bekerja sebagai eksekutif.
Saya mempunyai masalah kulit gatal yang berlaku sejak sekolah rendah lagi. Simptomnya, gatal-gatal kemerahan, kulit merekah dan semakin lama kawasan dijangkiti menjadi besar. Kawasan yang dijangkiti adalah tidak tetap. Lengan, peha, kaki, badan dan sebagainya. Sekarang saya dapati kulit kepala jugak merekah, dan begitu juga kawasan telinga dan leher. Belakang badan juga terasa gatal dan kemerah-merahan. Begitu juga kawasan pada kemaluan
Saya ada mengambil ubat dari farmasi seperti Creobic, Carnesten dan sebagainya. Namun masalah ini kadang kala tidak dapat diubati sehingga jangka masa yg panjang. Ada masanya kawasan yang dijangkiti sembuh dengan sendiri. Ubat yang digunakan menjadikan kawasan sekitar dijangkiti menjadi hitam.
Saya seorang yang menjaga kebersihan, mandi minimum 2 kali sehari, mencuci dan menukar baju dengan kerap, mandi air sejuk, dan tiada alergi makanan.
Apakah yang harus saya lakukan? Ubat apakah yang sesuai dengan saya? Terima kasih Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kulit gatal serta kemerah-merahan boleh disebabkan:
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan beserta jangkitan
- Jangkitan kuit
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit auto-imun seperti systemic lupus erythematosus (SLE)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.