
Sulit
5 tahun
Gatal pada kulit selaps gigitan nyamuk
anak sy berumur 6 tahun. lesan gigitan nyamuk menyebabkn kilit bahagian kaki seperit berair. dn lmabt untuk kering. lawasan yg terkne gigitan naymuk iti ,merebak. apakah yg ptt sy lakulan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Malangya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi pihak kami membuat kesimpulan mengenai masalah sebenar yang dihadapi.
Untuk mengetahui apa yang harus anda lakukan, punca masalah yang dihadapi oleh anak anda haruslah diketahui dengan tepat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor di klinik yang berdekatan dengan anda. Kerana , maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Terutama sekali masalah kulit, doktor harus melihat sendiri keadaan kulit tersebut untuk membuat diagnosis.
Sementara itu, saya nasihatkan supaya anda melarang anak anda dari menggaru kawasan tersebut supaya kedaan tidak menjadi lebih parah. Pastikan kawasan tersebut sentiasa kering dan bersih.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.