
Anonymous
2 tahun
Gatal, pedih dan ada kemerahan di hujung anus semasa berak
Saya faiz berumur 35 tahun dari KL. Saya mengalami masalah gatal, pedih dan seakan- akan kemerahan pada hujung anus ketika mahu buang air besar…jika duduk akan rasa pedih di kawasan itu…saya telah berjumpa doktor dan dinasihatkan untuk ubah cara makanan (seperti cili, minum air banyak dan berpantang serta makan yg ada serat). Doktor memberi ubat lembutkan najis dan ubat sapu (Proctosedly Ointment)
- Adakah ini penyakit buasir atau luka di anus?
- cara mengubati penyakit ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- buasir
- anal fistula
- anal fissure
- radang pada rectum (proctitis)
Tetapi dalam kes anda, kemungkinan besar anda menghadapi buasir dan pada jangka masa lama sekiranya tidak dirawat mugkit akan menyebabkan luka pada anus kerana simptom lebih jelas apabila anda sedang membuang air besar. Anda harus meneruskan plan diet tinggi fiber untuk melembutkan najis anda.
Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk haemorrhoids (buasir) bergantung pada tahapnya (stage), Antara pilihan rawatan adalah banding dan unutk tahap yang teruk ia memerlukan pembedahan.
Untuk menjawab kemusykilan yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.