
Sulit
3 tahun
Gatal ruam pada kulit
saya wanita 39 thn.selepas menerima vaksin dos 2.pfizer.pada 01.09.2021
3 hari selepas itu kulit saya mengalami gatal dan bintik kemerah merahan.
saya dh jumpa doktor di klinik pada 13.09.2021.tapi gatal pada kulit masih lagi malah semakin membanyak bintik merah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kegatalan dan ruam bukan kesan suntikan vaksin Covid. Gejala anda boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan kulit (virus, kuman, kulat dan lain)
- Penyakit alahan kulit
- Kesan alahan bahan atau ubat lain
- Penyakit tisu penghubung
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Kulit.