
Anonymous
2 tahun
Gatal satu badan / kurap
Saya wanita berusia 19 tahun . Saya mengalami sering gatal dan menyebabkan kesan merah seperti kurap satu badan termasuk di celah2 kangkang . Saya pernah cuba menggunakan ubat krim beli di farmasi tapi tak sampai sebulan , seluruh badan saya mengalami kegatalan. Apakah puncanya dan cara nak mencegah daripada penyakit ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Rasa gatal adalah gejala yang kita semua alami. Walau bagaimanapun, gatal boleh menjadi sukar bagi seseorang untuk menerangkan kepada orang lain. Walaupun gejala gatal-gatal terdapat dalam pelbagai bentuk, ia biasanya membawa kepada rasa kulit yang tidak selesa.
Terdapat beberapa punca yang meyebabkannya.Antaranya ialah:
- Kulit kering
- Eczema
- Alahan – ubat ataupun makanan
- Hives - adalah keradangan kulit yang disebabkan oleh pelepasan bahan kimia dalam badan yang dipanggil histamin.
- Penyakit Kelamin :seperti Sifilis, Gonorea dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih