Anonymous
6 tahun
Gatal sekitar kemaluan
Saya berusia awal 20an dan mengalami masalah kegatalan kulit di sekitar kawasan kemaluan. Sekitar kemaluan saya berasa amat gatal sehinggakan saya terpaksa menggaru dengan angresif sampai keadaan kulit saya menjadi pedih dan sakit. Saya tidak merasakan ini adalah kulat pada vagina. Kerana kakak dan ayah saya juga mengalami hal yg sama di mana mereka mengalami masalah kegatalan dia bahagian badan tertentu. Kegatalan itu meninggalkan kesan seperti tompokan dan kulit kering pada tompokan tersebut. Ada yang mengatakan ini adalah penyakit eczema. Namun masih menjadi tanda tanya apakah penyakit yang sebenarnya berlaku pada badan saya. Saya berharap doktor sekali dapat memberi maklum balas dengan secepatnya kerana saya benar benar terdesak untuk mengetahui cara rawatan dan cara menghilangkan tompokan gatalan ini jika ada. Saya sudah tidak dapat menahan kegatalan sehinggakan saya menangis tiap kali bahagian sekitar kemaluan terkena air akibat kepedihan. Vagina saya tidak berasa gatal, namun hanya kulit di bahagian miss V sahaja yang mempunyai masalah kegatalan ini. Harap pihak anda dapat menolong saya, sekian terima kasih 
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,kegatalan di kemaluan adalah masalah kesihatan yang merimaskan di mana ia boleh menjejaskan wanita dari semasa ke semasa. Biasanya, ia tidak serius dan selalunya disebabkan oleh reaksi kulit terhadap bahan kimia atau alergi
Gatal kemaluan terdapat banyak sebab termasuklah peluh berlebihan atau tindakbalas alergi. Dalam kes lain, ia mungkin disebabkan oleh keadaan kesihatan tertentu. Antara sebabnya ialah:
- Jangkitan kulat
- Gatal-gatal di bahagian vulva (Pruritis)
- Iritasi kulit
- Jangkitan seksual (sexually transmitted infection – STI)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.



































