
Sulit
3 tahun
Gatal seluruh badan
Sy remaja berumur 22 tahun. Baru2 ni sy kerap gatal2 lepas berpeluh tapi bukan ruam peluh kerana tiada kemerahan atau sebagainya. Tapi rasa gatal merenyam. Rasa gatal tu bebetul mengganggu tido sy. Kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah gatal seluruh badan selepas berpeluh sehingga mengganggu waktu tidur anda. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria.
- Ruam
- Jangkitan kulat
Kondis gatal yang merenyam dan menggangu waktu tidur anda perlu diberikan perhatian segera. Justeru anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor